Powered By Blogger

mia

sape ni?

My photo
skudai, johor, Malaysia
“Orang yang bijak akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang yang bodoh akan membuat suatu musibah menjadi bertambah2 buruk dan memalangkan dirinya sendiri..” Assalam...& hii sumer~~ My blog is my diary..kind of la... & dimana Segala expression di Ekspres kan di Sini.. Not for MOney~ U can Know me By Read My blog. whether im Good Or Not U decide. my famili is my priority.. my friends always loved by me.. & Love him & i love myself..

u follow me ::

Sunday, December 26, 2010

BOLA 3-0

pasukan mantap Malaysia.


HELLO..post kali ni dibuka oleh gambo pemain Malaysia yang berbangga dengan kejayaan mereka.

p/s : SAYE TAK MINAT BOLA..
tapi MALAYSIA adalah negaraku yang tercinta.jadi semalam saye dah  mengucapkan seLamat Berjaya kepada mereka.dalam hati jela..
kalah menang adat bertanding.tapi sangat bersyukur bila GOL demi GOL diraih..

Nampaknye pasukan kite dah semakin mantap.walau sebelum ini pelbagai masalah telah berlaku..

layan....


Berita :

Malaysia membawa bekal cukup selesa ke Jakarta Rabu ini selepas berjaya menundukkan Indonesia 3-0 dalam final Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Safee Sali membuka tirai jaringan untuk skuad kebangsaan pada minit ke-60 sebelum Asaari Shamsudin menjaringkan gol kedua tujuh minit selepas itu. Safee meletakkan Malaysia berada dilaluan selesa dengan gol ke-4 peribadinya pada kejohanan kali ini sekali gus memberi kemenangan bermakna 3-0 kepada Malaysia.



Perlawanan kedua akan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia Rabu ini bagaimanapun isu berhubung stadium yang dirusuh oleh rakyat Indonesia bakal menyaksikan perlawanan diadakan di stadium lain sekiranya keadaan kritikal.



Skuad 'Harimau Malaya' ternyata gah untuk membaham skuad 'Garuda' dengan menguasai penuh perlawanan sambil mengamalkan disiplin pertahanan yang cukup tinggi. Bagaimanapun perlawanan terpaksa diberhentikan seketika selepas jurulatih Indonesia, Alfred Riedl cuba memperbesarkan isu laser.



Ketika permainan direhatkan, terdapat segelintir penyokong Indonesia melontar botol minuam ke dalam padang. Sementara itu, Jurulatih Malaysia, K Rajagobal amat berpuas hati dengan pencapaian anak didiknya.



"Pada separuh masa pertama pemain bermain dengan cara bertahan dan menukar taktik selepas rehat. Pada masa rehat saya beritahu pemain bahawa inilah sahaja peluang pemain untuk mendapat bekalan selesa ke Jakarta nanti," katanya.



"Saya berbangga dengan pencapaian malam ini walaupun perlawanan malam ini dicemari insiden yang kurang disenangi oleh para penyokong, namun pemain negara tidak hilang fokus."



Riedl pula menyifatkan peluang Indonesia untuk merangkul Piala AFF Suzuki buat pertama kali semakin pudar selepas perbezaan jaringan yang besar. "Gol pertama Malaysia memulakan segalanya apabila pasukan Indonesia mulai hilang fokus terhadap permainan. Saya rasa peluang agak tipis untuk menang di Jakarta, tapi kami perlu ambil pelbagai risiko dalam perancangan nanti," jelasnya.


TAHNIAH MALAYSIA!!

4 comments:

NJ said...

ada sy tngok aritu ckit..irfan dr indo tu hnsem..hahahahahaha!
lpa tu sy tukar channel~~~

miss cola said...

aduuii..sy suka keeper malaysia..mmg cekap..org klantan....tp dah ade gf la.

NJ said...

xkisahla..ko tu jgn mggatal..sy boleh la..hahahahahah

miss cola said...

tak kesahla..cuci2 mta je..tp sepet2 oo dia tu..saya ada tgk blog gf dia..biase2 ja...
uhuhu..first tyme sy suka pemain bola sepak..b4 dis tak kesahla sesape pun..mmg sy tak suka..

tapi sejak pertemuaan di perlawanan tu..walawey..haha..gatainya anak pak musa ni