Powered By Blogger

mia

sape ni?

My photo
skudai, johor, Malaysia
“Orang yang bijak akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang yang bodoh akan membuat suatu musibah menjadi bertambah2 buruk dan memalangkan dirinya sendiri..” Assalam...& hii sumer~~ My blog is my diary..kind of la... & dimana Segala expression di Ekspres kan di Sini.. Not for MOney~ U can Know me By Read My blog. whether im Good Or Not U decide. my famili is my priority.. my friends always loved by me.. & Love him & i love myself..

u follow me ::

Saturday, October 16, 2010

sesuatu tentang persahabatan

Adakah aku layak untuk jadi seorang sahabat untuk kamu?
Adakah aku cukup sempurna untuk itu..
Atau aku sebaliknya..
Belum mampu tuk 
berdiri sama tinggi mahupun duduk sama rendah..

Sahabat yang baik..
akan selalu ada untuk temannya tika suka mahupun duka
Adakah aku begitu ataupun tidak??
Sahabat yang baik..akan cuba tuk tenangkan keadaan..
walaupun di kala kelam kabut..
Jangan hanya mengeruhkan keadaan yang sedia keruh..
Sahabat tak perlu memahami..
cukup sekadar menerima dan memberi..

Perkongsian..
Crita duka dan suka..
Jangan hanya inginkan sahabat yang sempurna
jika kita belum mampu tuk jadi sahabat yang sempurna..
Berubah ke arah kebaikan tak pernah salah..
Tapi andai kita berubah kerana terpaksa..
Jangan!
Kerna mungkin kita akan tersalah..

Aku menyayangi sahabatku..
walaupun kamu berbeza dariku..
Walaupun aku tak memahami kamu..

Bertimbang rasa..
Rasa kemanusiaan..
Kadang2 kita perlu susah untuk kawan...
Kerna itu yang kita ada...
Saat kita jauh dari insan yang menyayangi kita..

Persahabatan 
Menemani untuk mengembirakan...
Bukan kitA mengambil kesempatan di atas kelemahan..
Mungkin lemahnya dia kerna dia cuba tuk menjaga sekeping hati seorang sahabat..
Walau terkadang kau menyakiti..
kau tetap sahabatku...

Rasai persahabatan kita dengn hatimu..bukan hanya akalmu...
kasih sayang kadang-kadang perlukanhati tuk menilai..

Jangan sesekali mengambil kesempatan..
Jangan menyakiti hati seorang sahabat...
Walaupun kita kesedihan...sahabat slalu ada menemani..
Bukan pergi jauh tika kita susah..

Sama2 memikul satu beban..
agar beratnya beban tu tak terasa..
bukan kita tinggalkan beban untuk biar sahabat yang kita sayang pikul keseorangan...
Persahabatan bagiku teramat penting..
Percintaan slalu terkubur..
Tapi BUKAN persahabatan..

Aku ingin kau jadi sahabatku hingga ke ahirnya..
Sahabat bukan kawan yang hadir hanya di kegembiraan...
Bukan hanya hadir di kala kesedihan..
Bukan untuk mengambil kesempatan..
Sahabat adalah lebih dari itu...
Tapi sanggupkah kamu??

Percayalah pada seorang sahabat..
kerna sahabat akan menjaga maruah kita seperti maruahnya..
walau kadang2..ada tika kita tidak berpuas hati..
jangan jadikan itu penghalang persahabatan kita...

I love U fren!!!

No comments: