Powered By Blogger

mia

sape ni?

My photo
skudai, johor, Malaysia
“Orang yang bijak akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang yang bodoh akan membuat suatu musibah menjadi bertambah2 buruk dan memalangkan dirinya sendiri..” Assalam...& hii sumer~~ My blog is my diary..kind of la... & dimana Segala expression di Ekspres kan di Sini.. Not for MOney~ U can Know me By Read My blog. whether im Good Or Not U decide. my famili is my priority.. my friends always loved by me.. & Love him & i love myself..

u follow me ::

Friday, August 13, 2010

Manusia hidup sebagai ujian.

Kehidupan seorang manusia kat dunia ini  bukanlah satu yg sia-sia.
Kita tak bebas melakukan apa sahaja di dunia mengikut keinginan dan kemahuan diri kita sendiri tanpa ada batasan yang mengawalnya.
Sebenarnya  Allah menjadikan manusia hidup di dunia ini sebagai ujian

Mcm yg kita taw amalan manusia akan dinilai dan diberikan balasan...betul x?
Balasan ini dtg dlm bentuk ganjaran pahala atau balasan dosa dan azab.
Ade Balasan yg  diberikan ketika di dunia, di alam kubur atau di alam akhirat.

Ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita ada tiga bentuk iaittu
1- dlm bentuk tanggungjawab dan amanah, nikmat dan kesusahan.
amanah diberikan untuk melihat samada manusia berjaya menunaikannya atau tidak. Manusia diuji dengan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, agama dan terhadap alam seluruhnya.

2~Ujian  nikmat pula diberikan untuk tahu samada manusia ni bersyukur atau kufur terhadap Allah.
~Antara nikmat yang kerap kali disebut oleh Rasulullah s.a.w ialah nikmat usia muda, masa lapang, ilmu dan harta kekayaan.

3~Ada gak  ujian dalam bentuk kesusahan diberikan untuk melihat samada manusia sabar menanggungnya ataupun keluh kesah serta berputus asa.
~Kesusahan yang dialami oleh manusia kadang-kadang berbentuk kurang harta, ditimpa bencana dan melapetaka serta dizalimi oleh orang lain.

Ni dari pandangan aku la~~
& dr perspektif pemikiran aku yg x seberapa...
aku pun xsempurna~terlalu byk kekurangan yg perlu aku perbaiki dari semasa ke semasa~~

No comments: