Powered By Blogger

mia

sape ni?

My photo
skudai, johor, Malaysia
“Orang yang bijak akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang yang bodoh akan membuat suatu musibah menjadi bertambah2 buruk dan memalangkan dirinya sendiri..” Assalam...& hii sumer~~ My blog is my diary..kind of la... & dimana Segala expression di Ekspres kan di Sini.. Not for MOney~ U can Know me By Read My blog. whether im Good Or Not U decide. my famili is my priority.. my friends always loved by me.. & Love him & i love myself..

u follow me ::

Sunday, December 26, 2010

BOLA 3-0

pasukan mantap Malaysia.


HELLO..post kali ni dibuka oleh gambo pemain Malaysia yang berbangga dengan kejayaan mereka.

p/s : SAYE TAK MINAT BOLA..
tapi MALAYSIA adalah negaraku yang tercinta.jadi semalam saye dah  mengucapkan seLamat Berjaya kepada mereka.dalam hati jela..
kalah menang adat bertanding.tapi sangat bersyukur bila GOL demi GOL diraih..

Nampaknye pasukan kite dah semakin mantap.walau sebelum ini pelbagai masalah telah berlaku..

layan....


Berita :

Malaysia membawa bekal cukup selesa ke Jakarta Rabu ini selepas berjaya menundukkan Indonesia 3-0 dalam final Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Safee Sali membuka tirai jaringan untuk skuad kebangsaan pada minit ke-60 sebelum Asaari Shamsudin menjaringkan gol kedua tujuh minit selepas itu. Safee meletakkan Malaysia berada dilaluan selesa dengan gol ke-4 peribadinya pada kejohanan kali ini sekali gus memberi kemenangan bermakna 3-0 kepada Malaysia.



Perlawanan kedua akan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia Rabu ini bagaimanapun isu berhubung stadium yang dirusuh oleh rakyat Indonesia bakal menyaksikan perlawanan diadakan di stadium lain sekiranya keadaan kritikal.



Skuad 'Harimau Malaya' ternyata gah untuk membaham skuad 'Garuda' dengan menguasai penuh perlawanan sambil mengamalkan disiplin pertahanan yang cukup tinggi. Bagaimanapun perlawanan terpaksa diberhentikan seketika selepas jurulatih Indonesia, Alfred Riedl cuba memperbesarkan isu laser.



Ketika permainan direhatkan, terdapat segelintir penyokong Indonesia melontar botol minuam ke dalam padang. Sementara itu, Jurulatih Malaysia, K Rajagobal amat berpuas hati dengan pencapaian anak didiknya.



"Pada separuh masa pertama pemain bermain dengan cara bertahan dan menukar taktik selepas rehat. Pada masa rehat saya beritahu pemain bahawa inilah sahaja peluang pemain untuk mendapat bekalan selesa ke Jakarta nanti," katanya.



"Saya berbangga dengan pencapaian malam ini walaupun perlawanan malam ini dicemari insiden yang kurang disenangi oleh para penyokong, namun pemain negara tidak hilang fokus."



Riedl pula menyifatkan peluang Indonesia untuk merangkul Piala AFF Suzuki buat pertama kali semakin pudar selepas perbezaan jaringan yang besar. "Gol pertama Malaysia memulakan segalanya apabila pasukan Indonesia mulai hilang fokus terhadap permainan. Saya rasa peluang agak tipis untuk menang di Jakarta, tapi kami perlu ambil pelbagai risiko dalam perancangan nanti," jelasnya.


TAHNIAH MALAYSIA!!

Saturday, December 25, 2010

Karaoke wif Practical Fwens

saye mmg pendek.wahaa

asaLammuAlaikum everyone.
kan hari tu ade post pasal reunion praktical kan..Ni kire saMbunganya..
Saye,Arfa & Aloam patutnye datang lebih awal becuz bak kate En Mior kite..kalau tak ade la keje part time utk kiteorg.keje2 yg biase kami buat di kala praktikal dulu..

Adei..bukan rezeki tak kesahla..Mase g Mpt punyela lame Abang M tu bercakap.naik pening pale ni..kami bertiga cume senyum & menganggukan kepala.nak mintak excuse macam tak soopan plak..

tak sempat nak borak2 dgn kak Midah lelame pown.Apatah lagi yg lelain tuh..
tak pe2.kul 5p.m tuh kiteorg trus g taiping Sentral..Kat Taiping Tesco & Taiping Sentral adelah hypermarket kat sini.terletaK dekat dengan Taiping Villa.

kami check2 ade muvie best tak.tapi menghampakan.NOPE..harapan nak tengok Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah..tak dapat eden nolong..

ehehe...pastu kiteowg g la ke karaOke bilik.Sejam 28 hinggit Malaysia..Sound dier best.yg best ag..ade animation.wahaha..boleh kami men2 kan sesiape yg tgh karok.ahaa..

ni jela pic yang sempat di snap..lain kali kami kena datang lebih awal.kerana tak cukup mase utk berpusing2 satu Taiping.

tapi sempatla singgah COOL BLOG utk beli Vanilla Milk Shake & Choco Blog.

Layan~




ni no bilik kiteorg @ gadis

cik Aloam & cik Arfa

sorry aloam tergemukkan kamu dlm pix ni.salah angle neh


ini cik Arfaliza.yeah.karok.

kami

lagi2


Friday, December 24, 2010

Sayang diri sendiri

tidur awal..akan menyebabkan kite bangun awal..pagi2.dengar suare insan tersayang..memang terapi yang sangat berkesan.
hmm..topik for today PEROKOK.
ukt pengetahuan korang my TuNang adelah seorang perokok..
banyak kali gak dia cube utk mengurangkan ketagihan rokok..

yela.oleh kerana saye tersangat tak suke orang isap rokok.tapi saye terime si dia seadanya.dia pun
terlalu jarang merokok di hadapan saye..
sampai famili & kawan2 pun tak sangke dia merokok.
cuz dia mmg tak de bau rokok..

Oleh kerana banyak kali dia cube mengurangkan baru2 nie.dia jejalan kat Airport..& jumpe satu rokok ni.wah penah dengar tak? super ciggarete

Dengan Rokok elektronik Super Cigarette, anda akan dapat menghilangkan 100% rasa ketagihan nikotin tanpa apa-apa tekanan perasaan. Ini adalah kerana dengan Super Cigarette anda dapat mengurangkan pengambilan nikotin secara perlahan-lahan mengikut keselesaan anda. Sebab itulah rokok elektronik Super Cigarette begitu efektif dan telah pun berjaya membantu ramai perokok.
Rokok elektronik Super Cigarette mengeluarkan wap (vapour) yang menyerupai asap rokok biasa. Wap ini tidak membahayakan kerana ia bukanlah hasil pembakaran. Bahan yang digunakan pula adalah di antara bahan biasa yang digunakan di dalam makanan dan juga ubatan.
Oleh kerana wap yang dihisap itu tidak membahayakan, maka selama mana anda di dalam proses mengurangkan ketagihan nikotin seperti yang saya sebutkan tadi, anda boleh terus bebas merokok menggunakan rokok elektronik Super Cigarette sepertimana kebiasaan anda.
Dalam masa anda meneruskan tabiat merokok dengan selesa dan bebas, anda kini boleh menguruskan kadar pengambilan nikotin. Bermula dengan katrij yang mengandungi nikotin tinggi, anda boleh beransur-ansur mengurangkan kadarnya dengan menukar kepada katrij yang kandungan nikotinnya sederhana, kemudian kepada rendah dan seterusnya kepada kandungan nikotin kosong. Anda boleh lakukan ini mengikut keselesaan anda supaya anda tidak merasa terlalu tertekanan.
Apabila anda telah selesa dengan katrij nikotin kosong, bermakna ketagihan nikotin telah dapat anda hilangkan.



Rokok Elektronik Super Cigarette adalah suatu inovasi teknologi yang mengambil alih peranan rokok biasa sebagai alternatif untuk anda, samada anda bercadang untuk berhenti merokok atau sebaliknya.
Inovasi ini adalah berlandaskan Terapi Gantian Nikotin atau Nicotine Replacement Therapy (NRT) yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebagai salah satu cara dalam menyelesaikan masalah ketagihan merokok.
Mengikut beberapa kajian, Terapi Gantian Nikotin secara amnya (melalui beberapa kaedah) telah berjaya membantu ramai perokok berhenti merokok. Rokok elektronik adalah inovasi terbaharu di dalam mengguna pakai kaedah Terapi Gantian Nikotin.
Untuk tidak mencabut kepuasan merokok secara drastik, rokok elektronik Super Cigarette direka supaya fizikal serta perjalanannya masih menyerupai rokok biasa.
Kelihatannya seperti rokok. Rasanya seperti rokok. Asapnya seperti rokok. Kerlipan apinya juga seperti rokok.
Asas rokok elektronik Super Cigarette terdiri dari tiga komponen utama, iaitu bateri, atomizer dan katrij. Ia seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.

Baterinya mempunyai litarmikro di dalamnya serta lampu LED di hujungnya. Apabila dihisap, lampu LED akan menyala seakan-akan api rokok. Lampu LED ini juga akan memberi petunjuk apabila bateri perlu dicaj dan sebagainya. Keterangan lanjut mengenai perkara-perkara teknikal ada terdapat di dalam manual pengguna yang di sertakan di dalam pek permulaan rokok elektronik Super Cigarette ini.
Disambungkan pada bateri, adalah atomizer beserta katrij larutan nikotin. Apabila anda memasang ketiga-ketiga komponen rokok elektronik Super Cigarette ini, bermakna ia berada di dalam mod bersedia (standby). Kuasa bateri akan hanya digunakan apabila anda menghisapnya.
Apabila rokok elektronik Super Cigarette ini dihisap, udara akan memasuki ruang atomizer. Udara tersebut akan seterusnya melalui bahagian dalam katrij di mana pengwapan larutan nikotin berlaku. Wap inilah yang menyerupai asap apabila dihembus oleh penghisap.
Wap yang dihembus itu bukan lagi asap merbahaya. Ia tidak membahayakan kesihatan anda dan insan kesayangan anda.


sayang kamu tunangku..ehehe.hope nnt dia dpt mengurang2 dan terus kurang.


saye tak memakse si dia.tapi memberi galakan utk kebaikan bersame!


REUNION practical

hai.everyone.hope sumenye dalam keadaan happy2 selalu..
today,saye kluar date,wah DATE  wif kawan-kawan semasa practical Latihan Industri kat Majlis Perbandaran Taiping.tapi dis tyme tak cukup sorang. Ridhwan tuh..dia duk sebuk mentagg ajak g MPT.tapi dier yang tak de atas alasan yg munasabah..

kul 2 saye,Aloam & Cik Arfaliza..menjalankn perjalanan ke MPt..
sesampai je kat parking tuh.uish malunye nak jalan.ade orang bt assyura plak.jadi kami 3 decide park kat luar pagar.& then jalan jauh cket.takut2 dikesan oleh warga MPt.Sesampai kat atas tuh jumpe..kak Maziah.dah tersenyum simpol di kaunter depan..

Pastu kami pun dengan malu2 teddy bear masuk dgn menyapa sesape yg ade..bermule dgn
 En,Fendi(bujang tak bujang.) tersengih2 beliau.
Ala..kak Tun xade la...baru melahirkan baby...and then.menyapa En Mior.jgn tak tahu pebret studentnye adelah Cik Arfaliza okei.

Kemudian diteruskan lagi..jumpe kak Naza..wah.kak naza dah tersengih2..wah rindu giler kat gurauan kak naza kite.pastu cik arfa memulakan pertanyaan mengenai tesis beliau..pastu Cik arfa melepaskan rindu dgn Abg M..

Saye bersame Aloam plak dok melepak di luar kaunter..sambil membebel dgn Abg Azreen.Wah beliau semakin chubby dan menggelap ye.yela dah jadik photographer taw..siap bg card lg.hehe. :p

ade beberapa staff yang tak de..kalu nak tahu..kami agak rapat.kat Jabatan Perancang tuh macam family taw..

tapi kami lupe nak snap2 gambo.
hehe. :p
saYang KoraNg.!!

Thursday, December 23, 2010

SAkit

perubahan.changes.or ape2la.

pasal diri aku.diri kamu?
pasal diri aku la kan.ape yang berubah?berat badan?MACAM TAK jew..rasenye masih memberat.
susah ok aku nak turunkan berat neh.ntahlah bile blh kurus semule..

pasal muke ke? tak jugak..tak akan aku buat plastic surgery .wahaa.bajet muke comel kan.aku ade cakap comel ke?

sebenarnye hati aku yang berubah..ape yang berubah.?
pada Khairy untuk kamu tak pernaH berubaH taw!

tapi aku sedang berusaha merajinkan diri.RAJIN?
jangan ketawa.!
pehh.yela.walaupun result aku tak membanggakan sangat tapi improve a lot.
memang berbaloi2 dari sem 5 yang memang mengecutkan urat saraf aku.

Jadi untuk terus memastikan pointer terus naik2..dan naik..

perubahan perlu dilaksanakan.

1. JANGAN MEMONTENG CLASS
   * untuk pengetahuan korang.aku bukanla suke memonteng class..tapi masalah besar bile tidur lambat secara automatic aku tak bangun.kalu aku tak bangun camne nak dtg class.
  * Aku teramat sukar untuk dikejutkan..TAK CAYE?? tanya la Nad,Miko,sasepe yang pernah mengejutkan aku bangun..
  * Sakit Kepala : tak tahu la korang tahu ke tak.sakit kepala sangat selalu menyerang aku.selalunya aku boleh tersenyum walaupun sakit.cube ignore.sakit kepala menyerang menyebabkan kening dahi dan urat sekitar dahi berdenyut2.. kadang2 belakang kepala.Sangat sakit,bukan pening ok.SAKIT. slalu menyerang tak lama dalam sengah jam or 2 jam je.tapi Tuhan je yang tahu.oleh sebab tu aku ade banyak pain killer.
kadang2 rase mcm ade pisau menikam2 bertubi.kat kepala dan belakang kepala.sakit taw.sampai muntah2. & aku akan kabur penglihatan.slalaunya aku tengok muke orang tak nampak bahagian mata dia or sesetengah kawasan wajah dia.macam ade cahaya berpinar2..korang penah rase???
bile mcm tu..tak lame pas tu akan datang sakit kepala.kalau kat rumah memang adik aku yang aku suruh pijak kepala.SERIOUS ok.

aku pernah g clinic banyak kali.cakap sakit kepala.Doc tu cume bg aku panadol.atau check mata aku rabun ke tak.
AKU TAK RABUN..DAH BANYAK KALI.TU JE LA YANG SLALU AKU DAPAT.

aku malas g clinic dah pas tu.
Tunang aku pesan mintak Doc reffer g Hospital.masalahnye aku takut...
TAKUT.. untuk menghadapi kenyataan ke?doctor pun aku takut jugal.inikan pulak hosp.jarum pun aku takut.

hmm...slalu aku tak g class no MC sebab tak mo jumpak doc.slalunya Diana @ Nad tu suke pakse aku g clinic..adei.

* Sakit Tulang.
aku pernah direfferkan ke pakar tulang.,tapi aku tak pegi sesi berjumpe.aku takut la wey.
yela Tulang2  aku slalu mengeluarkan bunyi.rase macam lari dari soket.SANGAT TAK TAHAN SEJUK.
hmm...


OKAY : aku dah janji kali ni kalau sakit lagi.aku jumpe doctor N mintak reffer ke pakar OTAK..
hope Tunang aku tak la risau sangat.Doakan aku tak ape2 k.

Monday, December 20, 2010

Accident oleh Bas LaGi...

Oleh kerana saye adelah pengguna sejati bas ekspress...mane taknye dari utara ke selatan.slalu aku duk menjenguk ke luar tingkap bas..tambah2 kat ipoh,simpang pulai..mmg la menakutkan..gaung yg tesergam indah..mmg takut o.naik bas.



IPOH: Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang rakyat Malaysia terbunuh selepas bas pesiaran yang mereka naiki terbalik ke dalam longkang di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, jam 11.40 pagi tadi.

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Katanya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.

Katanya, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Rakyat tempatan yang terbunuh itu dipercayai pemandu atau pembantu pemandu bas terbabit.

Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.
Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi berkata bahawa sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

"Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca...saya kena balik dan bincang," katanya.

Syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam bas.

Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, Sor berkata syarikat akan merancang sesuatu.

"Buat masa ini saya amat sedih...saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa," katanya.
-Bernama-

kawan Lame baru

salam eberyone.
arini lbh kurang 2nd day period.omg.sakit guling2 ok..tgh baru d lamun mimpi yg tak berape nak idah..adik aku mengejutkan ku dari di ulit mimpi.ingatkan ade perompak.tp rupe2nye 2 ekor doraemon tlah datang menjenguk beta. siape?? Rozita & Fadillah.my bestfren.dari skolah rendah kami kenal & jadi kawan baik dari f1 untill now.

 Rozita ni orangnye gile2 banyak.Fadillah plak dah keje.best oo.jadi orang dah keje.yela ade duit sendirik.kami plan kalu lah dah pakai keta nnt.nk g penang.ooo.Ayuna tak de jadi xckup forum.kalu x kami berempat.tapi oleh kerana Ayuna yang kononya berdedikasi ke UKM awal tu.soory ek.kami bergossip tanpamu disisi.

  Ape yang digosipkan??
xde ape sangat,just bercakap pasal kawan2 yang dah kaween,bertunang,bcinta,putus tunang.menjanda.haha.kuat kami ni bergosip.
 kami juge cakap pasal kawan2 d UTm,kawan2 tempat keje diaorg,& gossip artis.
FIY kami jarang contact each other.tapi kalu cuti2...mesti diaorg ni akan terpacak d depan pintu bile ade cuti.

kami ni slalu gak bergaduh,tapi xla yang keterlaluan..kerana masing2 kenala tau peranan masing2.& dlu mase duk parit tiga,rumah saye dkt dgn fadillah slalu g umah dia petang2 jalan kaki.tapi semenjak pindah.diaorg ajela yg dtg.

ai..rindu kat diorang ni. walaupun perangai sekor2 gila-gila..oo..adela kami bt reunion kami g taman tasek taiping,zoo

maybe next tyme g penang plak.adei.susah sbenarnye jadi student neh.xde modal nk gerak.nak mintak kat parents.kesian kat diaorg.jadi saye akan mintak d belanja.haha.(macam la dapat)
;p tak kesah.janji kite hepi kan?

okla korg i nk brehat2 surfing tenet n onlining..hehe bye c ya


wif love :