Powered By Blogger

mia

sape ni?

My photo
skudai, johor, Malaysia
“Orang yang bijak akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang yang bodoh akan membuat suatu musibah menjadi bertambah2 buruk dan memalangkan dirinya sendiri..” Assalam...& hii sumer~~ My blog is my diary..kind of la... & dimana Segala expression di Ekspres kan di Sini.. Not for MOney~ U can Know me By Read My blog. whether im Good Or Not U decide. my famili is my priority.. my friends always loved by me.. & Love him & i love myself..

u follow me ::

Thursday, December 16, 2010

Hijrah itu mulia

Ahklak..adalah peribadi seseorang tu.hmm..bagi saye,saye bukanlah seorang yang mempunyai akhlak mulia.
walaubagaimanapun adalah kewajiban seorang muslim untuk sentiasa berubah ke arah kebaikan.hijrah la katakan.

~ ~ sebenarnye kite semua pun nak berubah kan?sape tak nak..tetapi. bagi diri ini.benda pertama yang diri ini sedang cube adalah akhlak.. Saye kerap bace motivation qoute sejak akhir2 nie..

bukan cube untuk jadi hipokrit.tapi jauh di sudut hati..saye cube untuk buang perasaan kuat cemburu.cepat berkecil hati..agak tak penyabar sebenarnye..hanya tunang saye taw.hehe.Sorry syg kalau ade menyakiti kamu.
& sorry pade semua.

Akhlak ialah perbuatan, perkataan, dan tingkah laku yang elok serta indah berpandukan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Islam dan akhlak yang mulia sememangnya tidak dapat dipisahkan. Rasululluh s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia. Ini bermakna akhlak yang baik itu penting dalam usaha mencapai kesempurnaan iman. Iman seseorang itu bergantung sejauh mana penghayatannya terhadap akhlak yang mulia.

Bagi kite semua masing2 ade role model yg tersendiri.Bagi saye adalah Saidatina Aisyah & Khadijah.
betapa mereka sebagai isteri Rasullulah.Tapi  rasullulah adalah ROLE MODEL yang terbaik.

Akhlak yang baik dapat menjaga hubungan manusia dengan penciptanya dan hubungan sesama manusia. Sebagai agama yang syumul, Allah s.w.t telah menetapkan adab-adab yang perlu kita patuhi dalam setiap aspek kehidupan seharian kita melalui Al-Quran dan sunnah . Terdapat pada Rasululluh s.a.w itu contoh yang terbaik buat kita. 
~jemari yang menari~

Alert :

Sekiranya kita sentiasa bersedih, sangat mudah beremosi, atau mudah baran, cemburu dan selalu rasa nak marah, kita sebenarnya ada masalah kesihatan. malangnya masalah kesihatan ini akan mengubah karektor seseorang kecuali jikalau dia tenang, sabar dan redho . jika tidak, maka penyakitnya akna merubah perangainya atau penyakitnya akan membentuk tabiatnya, contohnya; orang yang ada darah tinggi, maka dia mudah baran.

sekiranya minda masih tidak dapat mengubat hati yang semakin hari semakin parah, maka rawatlah karektor itu dengan melakukan rawatan ubatan.
sesungguhnya kaitan antara permasalahan organ dengan tabiat sangat tinggi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila berlaku sesuatu penyakit atau kelemahan atau kegagalan sesuatu organ, maka terdapat beberapa keadaan semasa seperti terdapat bakteria membiak dengan tidak terkawal, kekurangan hormon dan enzim, perubahan bentuk atau struktur fizikal, ketumbuhan dan kanser. Maka lahirlah teori jangkitan penyakit, karinogenik (carcinogen punca kanser) dan bawaan genetik. Namun sebenarnya, itu semua bukanlah punca penyakit yang sebenar. Kegagalan untuk mengenalpasti punca penyakit akan menyebabkan kaedah rawatan tidak diketahui dan penyakit tidak dapat disembuhkan.

Allah menjadikan Manusia itu bukan fizikal (jisim) semata-mata. Manusia adalah sebaik-baik kejadian di dunia. Jika dunia terbahagi kepada jisim (atom dan molekul) dan masa (gema dan niat/instinct/intuisi) bermaksud manusia ini selain fizikal, juga terdapat unsur mental, emosi dan fizikal. Setiap satu elimen ini sangat berkait rapat dengan kesan fizikal yang ditunjukkan dalam bentuk sakit.

Keseimbangan Karektor dan Organ
Selain menjalankan fungsi biologi seperti merembeskan hormon dan memproses dan sebagainya, organ juga mempengaruhi karektor atau pembawaan perangai seseorang yang dapat ditunjukkan melalui sesuatu tingkah laku.
seperti yang dikatakan tadi, sebenarnya, Karektor ini boleh dikawal melalui pemikiran yang tenang, sabar, ikhlas dan redho. Oleh itu, ditegaskan , sikap atau karektor juga memberi kesan terhadap keadaan sesuatu organ. Dengan kata lain, organ seimbang dengan karektor.
Pemikiran mempengaruhi tindak balas organ dalam badan. Sama ada sesuatu organ atau kelenjar itu ingin merembeskan hormon atau tidak atau sama ada organ itu ingin berfungsi atau tidak adalah bergantung kepada cara kita berfikir. Pemikiran yang baik akan menjadikan sesuatu organ berfungsi dengan normal.
Dengan mengambil organ pankreas sebagai contoh, sekiranya pankreas telah menjadi lemah, karektor yang dikawal oleh pankreas akan menyebabkan tubuh mendapat satu tindak balas yang menyebabkan tindakan dan pemikiran menjurus kepada sesuatu yang dapat menyeimbangkan kelemahan pankreas itu tadi melalui sifat yang bertentangan dengan prinsip tenang, sabar, ikhlas dan redho. Pankreas yang lemah akan menyebabkan seseorang menjadi mudah cemburu, iri hati, dengki, hasad atau khianat.. bergantung kepada tahap penyakit dan keupayaan untuk berprinsip (tenang, sabar, ikhlas dan redho).
Begitu juga sebaliknya iaitu apabila seseorang mulai hilang prinsip, dia mudah untuk rasa cemburu, tidak puas hati, iri hati, dengaki hasad atau khianat.. maka pankreas pula, ( untuk menyeimbangkan perasaan tersebut ) mula menghentikan keupayaannya untuk menghasilkan insulin yang boleh memproses gula. Akibatnya gula tinggi dalam darah dan pankreas terbeban untuk memprosesnya hingga ia menjadi lemah.
Organ-organ di kepala adalah organ-organ yang berkaitan dengan kederiaan. Bahagian kepala adalah sensitif dengan sebarang rangsangan. Mereka yang mempunyai sistem tubuh yang aktif di bahagian kepala adalah golongan yang perpesonaliti Spiritual. Personaliti Spiritual banyak berkaitan dengan ketenangan, dan tenang adalah penawarnya.
sekiranya bahagian kepala bermasalah, maka perangai / karektor seseorang akan ditandai dengan;
Ego / keras hati
Putus asa
Murung
Kebimbangan
Hiperaktif
Mudah terpengaruh
Ketakutan
Riak
Kebendaan
Suka memerintah
Tidak mahu mengalah
Tidka tentu hala
Tanpa matlamat
Nasib malang
Serangan penyakit
Hilang arah / punca
sebaliknya, jika telah dirawat, maka karektor seseorang itu turut berubah menjadi;
Deria otak yang peka
Bijak / Cerdik
Perancang
Boleh membaca situasi
Yakin diri
Jujur
Martabat
Kepimpinan
Petunjuk
Ilham
Disiplin
Penumpuan
Keajaiban diri
Rasa bertuan
Penguasaan
Kuasa dalaman
Imnuniti
Organ di bahagian dada pula terdiri daripada Paru-paru (termasuk trakea, bongkiul, payu dara) dan Jantung . Organ ini banyak berkaitan dengan emosi dan perasaan. Rasa sedih, risau, mengeluarkan air mata, gembira, panik dan sebagainya adalah melibatkan organ di bahagian ini. Mereka yang aktif penggunaan organ paru-paru dan jantung ialah golongan berpesonaliti Emosi. (Personaliti Emosi banyak berkaitan dengan kesabaran, dan sabar adalah penawarnya).
mereka yang ada masalah pada paru-paru atau jantung, orang ini akan menjadi;
Sensitif melulu
Serius
Penarikan diri
Pemarah
Kebencian
Termenung
Kesedihan
Kedengkian
Sakit hati
Megah
Berpura-pura
Lembab berfikir
Menangguh
Mengikut hati
Kebodohan
Kebudak-budakan
sebaliknya , apabila telah dirawat, karektor mereka akan bertukar kepada;
Terbuka
Tenang
Menghayati
Kreatif
Kasih sayang
Keriangan
Pemurah
Kematangan
Pemelihara
Tersendiri
Cara / langkah / konsep
Kebapaan
Berani
Kejiwaan
Kebijaksanaan
Kuasa minda yang tiada batasnya
Belajar melalui kesilapan / pengalaman
Organ di bahagian perut terdiri daripada;
Organ di bahagian perut banyak berkaitan dengan pemikiran. Sekiranya perut terbeban dengan makanan terutama pada waktu selepas makan, minda kita agak malas dan tidak cekap berfikir. Mereka yang aktif menggunakan bahagian perut yang melibatkan organ di atas dinamakan sebagai golongan berpesonaliti Mental. Personaliti Mental banyak berkaitan dengan keikhlasan, dan ikhlas ialah penawarnya.
orang ini karektornya adalah;
Malas berfikir
Lembab
Keliru
Pelupa
Gelojoh
Berkira-kira
Mengkritik
Cemburu melulu
Mencari alasan
Berceloteh
manakala setelah dirawat, mereka akan berubah;
Kuat berfikir
Pemikiran kritis
Objektif
Pengingat
Peramah
Boleh dipercayai
Pintar
Percakapan
Penyabar
Minda
Bahagian bawah terdiri daripada organ-organ seperti berikut;
Organ di bahagian bawah ialah organ yang banyak berkaitan dengan aktiviti fizikal. Mereka yang aktif menggunakan organ bahagian bawah ialah golongan berpesonaliti Fizikal. Personaliti Fizikal banyak berkaitan dengan keredhoan, dan redho ialah penawarnya.
orang ini akan berkarektor;
Super ego / keras hati
Putus asa
Kelemahan fizikal
Pelupa yang keterlaluan
Konflik dalaman
Malas
Mementingkan diri
Menindas
Tidak sensitif
Bangga diri
Rasa bersalah yang mendalam
Kekesalan yang berterusan
Kemiskinan
Teori
sebaliknya , apabila telah dirawat; mereka akan mempunyai karektor positif;
Matang
Intelek
Berpandangan jauh
Cekal dan tabah
Tegas
Kebolehan fizikal
Cita-cita tinggi
Agresif
Bergaya
Bertanggungjawab
Keterampilan kemas
Pengawalan diri
Kemewahan meterial
Praktikal

Behavior Therapy

Untuk merawat organ yang lemah, ia boleh diterapikan dengan mengawal sikap. Pendekatan prinsip asas Tenang, Sabar, Ikhlas dan Redha ialah cara terbaik untuk mengawal kelemahan organ. Dengan prinsip ini, seseorang yang apabila didiagnos mengalami kelemahan sesuatu organ tetapi karektornya masih terpelihara.

Kesimpulan kepada Behavior Therapy ialah pendekatan kearah Tarbiah Islamiah adalah cara terbaik untuk merawat penyakit yang diistilahkan sebagai penyakit yang berpunca daripada “Hati” (maksud istilah hati di sini ialah rohani atau kejiwaan).

Sikap pesakit
Menyedari bahawa penyakit akan dizahirkan dalam bentuk sesuatu sikap, maka orang yang mahu merawat pesakit itu sendiri perlu sabar, ikhlas, tenagn dan redho. insyaallah penyakit dan sekaligus karektor akan terawat.

Falsafah Punca Penyakit
Jangkitan daripada ibu kepada bayi dan juga warisan genatik walaupun bukan berpunca daripada sikap yang negatif, tetapi penyakit yang dibawa tetap akan mempengaruhi personaliti dan sikap.
Bagi kanak-kanak yang belum mumaiyis iaitu kanak-kanak yang belum mengenal baik dan buruk (belum berakal), biasanya berumur bawah 7 tahun adalah mereka yang tidak dipertanggungjawabkan menjaga akhlak malah akhlak mereka terlepas daripada terlibat dengan Hukum Keseimbangan. Penyakit yang mereka alami bukan disebabkan oleh masalah personaliti mereka tetapi kesan daripada masalah ibu bapa yang menanggung mereka.

Bagi yang telah mumaiyis dan baligh : sedikit perbuatan atau lintasan niat pemikiran tetap akan ada keseimbangannya terhadap tindak balas dalaman organ tubuh.

Daripada kajian ini, maka lahirlah falsafah bahawa:-
“Penyakit berpunca
daripada runtuhnya akhlak”
maka, andai minda penat untuk sentiaa bermotivasi, eloklah mengetahui permasalahan sebenar dengan merawat masalah karektor, emosi, perangai itu dengan merawat organ atau penyakit.
hidup berilmu , ceria selalu.

Tuesday, December 14, 2010

again? L

lagenda Budak Setan,dah 8kali aku nengok. cite ni xla bombastic sgt.sbb byk perkara klakar.

1.Cuma suasana yang ingin dihidupkan sememangnya tidak menjadi. Contohnya ketika watak ibu kepada Ayu dikatakan kena serangan jantung, tapi saya lihat dia seperti sakit batuk..adei.
2. Cerita melompat-lompat. Tiada ruang dan masa untuk penonton-penonton hanyut dengan perasaan yang relevan dengan situasi yang digambarkan.mcm singkat,xpadat dgn isi
3.Macam  tidak logik adalah apabila Kasyah yang berhijrah ke pedalaman, pulang ke bandar selepas satu tahun dan terus berjumpa rakan kepada kekasihnya. Baca baik-baik. Rakan kepada kekasih. Bukan kekasih sendiri. Bukankah kita selalunya pulang dan terus mencari kekasih kita dahulu? Kalau gagal mencari, barulah tanya kawan..& bile ckp ayu dah kahwin,tibe2 ade bunyi burung gagak...haha.agak kelakar.
4.Saya xfaham knp Ayu suke sgt buat muke mcm acuh x acuh.knp plak mcm tu,n baru je kena lamar jadi kekasih trus surh g amek utk teruskan project kat pedalaman tu,mcm tlalu singkat tempoh perkenalan tu,& tiada sebab kukuh utk buat cinta mereka tu agung. Bagaimana saya hendak merasakan cinta agung antara mereka? Atau lakonan Lisa Surihani yang tidak meyakinkan?
5.Que Haidar.
 Lakonan dia mmg berkesan,hipokrit apabila di depan ibu ayu.N ketika dia memukul Ayu,sangat drmatik.& menarik.
6.Mcm mane plak c fazura tu blh first day jumpe kasyah mcm dah btahun kenal.
6.Penghujungnye juge klaka.bila Si Que Haidar datang ke kubur bawak bunga.


By the way saye suke cite ni sbb pengorbanan Ayu.tp jalan crite not so la.


by the tahniah filem Lagenda Budak Setan ini telah membuat kutipan RM1.7 juta hanya selepas empat hari ditayangkan. Jumlah hari tayangan telah melebihi hari wajib tayang dan kini diluluskan untuk tayangan sehingga 20 hari, tahu?

Monday, December 13, 2010

~mari menjimatkan WaNg~~

kepada semua :terutamanye golongan student mcm kite2 nie...
sangatlah penting kot kite menjimatkan duit,tambah-tambah kite yg ade plan utk bt mcm2 ni.
ni cara yang baik :

1.bUAt BuDJet
    ~ yela utk sebulan misalnye. SILA rancang kemana duit korang pergi.berapa banyak korang ANGGARKAN utk makan & minum, topup@ bil korang,hiburan,study korang, semua tu kena bajet taw.

2.CATAT PerbelaNjaaN


   ~setiap perbelanjaan korang sile catatkan.BUKAN korang kedekut.TAPI utk make sure duit korang pergi kemana. OK.

3.NO OVER CASH


  ~pastikan dalam dompet korang cash tak banyak.bila tak banyak korang akan rasa duit korang sikit, & kite sebenarnya tak suke meminjam kan>jadi ni cara yang baik.

4.KEPERLUAN & KEHENDAK
Tolong bezakan ok :
keperluan ialah sesuatu yang tidak boleh tidak memang kita sangat-sangat perlukan. Air dan elektrik sebagai contoh merupakan sebahagian daripada keperluan.
Kehendak pula bolehlah ditafsirkan sebagai penambahan kepada keperluan. Kalau kehendak itu tidak ada, kita masih lagi boleh hidup dengan selesa tanpa masalah.


 Jadi secara ringkasnya keperluan = asas dan kehendak = penambahbaikkan. 

5. Beli barang pada harga borong/pukal
Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau memana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan
sebagainya dengan lebih murah.

   Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli dengan club card lagi banyak penjimatan.

6.Beli barangan second hand @ lelong murah

korang : tak rugi la beli barang second hand,yang penting korang pandai2 la tgk kualitinye.
Contohnya seperti beli buku second hand di paylessbook. Lain-lain barang lelong juga boleh dipertimbangkan, misalnya kerusi, meja atau barangan bukan elektrik. Kalo mcm laptop, pda, phone tu
boleh cuba asalkan masih ada warranty dan kualiti masih ok. Memang banyak kelemahan kalo beli barangan elektronik second hand but kene berhati-hati dan teliti.

7.Musim Promosi & Megasale& YES


  ~Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc.. Anda boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau barangan pada musim
promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda.

8.Kurangkan makan di fast food restaurant



   ~ Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, better rancang pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja. SORRY jadi no KFC & MCD.tryla

9.Berhenti Merokok





  ~ Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit dan kesihatan. Walaupun ‘sedap’ dan ‘ketagih’ dengan rokok ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga orang lain. Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap bulandalam lingkungan 1 kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan .. ini
bermakna kalo setahun jadi RM1800. Itu dah boleh buat melancong tu ke mana-mana pulau percutian di Malaysia.

 So fikirlah yang mana paling
terbaik untuk diri anda. Jika nak berhenti boleh dapatkan dari Doctor ok.

Sunday, December 12, 2010

my eye "berkedip2..

okep.semua orang.skrg 2 tige ari ni..mate sebelah kanan akak ni asek duk berkedip je.rase rimas lol.ade sesape x yg taw knp agaknye.
okei akak dapat dr blog kat tenet td...ianya maybe berpunce daripade :


1. Tekanan: Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitchingterutamanya berkaitan dengan ketegangan mata. Mengurangkan punca tekanan tersebut berupaya mengurangkan eye twitching.

2. Kelesuan: Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3. Ketegangan Mata: Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching. Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan mata dan mendapatkan kuasa kacamata yang baru.

Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.

4. Kafein dan Alkohol: Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching. Jika pengambilan adalah berlebihan, cuba untuk kurangkan dan untuk muslim pula, perlu ke untuk ambil alkohol?

5. Kekeringan Mata: Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant dll) dan pemakai kanta sentuh. Anda yang mempunyai masalah ini boleh menggunakan beberapa medikasi yang sesuai untuk mengurangkan masalah mata kering.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxXXXXXXxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

AZKIRAH

Berbalik kepada 2 situasi yang saya berikan di atas, kita perlu berbalik kepada doa Rasullulah ini:

Doa Rasulullah s.a.w:
Ya Allah, tidak adalah sebarang petanda, tetapi yang ada ialah pergantungan kepada-Mu, tiadalah yang baik selain kebaikan dari-Mu, dan tidak ada yang layak disembah melainkan-Mu." 

(Allahumma laa toira illa toiruka wa laa khaira illa khairuka wa laa ilaha ghairuka)

(Ahmad 2/20, ibn as-sunni #292, al-ahadith as-sahihah #1065)

Doa ini dibaca apabila kita terfikir bahawa sesuatu yg terjadi itu adalah alamat/petanda kepada sesuatu kebaikan/keburukan, terutamanya yg boleh mempengaruhi kita membuat sesuatu tindakan. Dengan doa ini kita menolak semua kepercayaan ini, dan hanya bergantung kepada Allah. Doa ini juga mengeluarkan kita daripada jatuh ke dalam syirik meletakkan kepercayaan kepada sesuatu petanda lebih daripada pengharapan kepada Allah. 



ni akak dapat dari blog orang k.copy,sbb ade kene mengena.hope kite dpt ilmu cket~~


Saturday, December 11, 2010

RaHsie SeoRaNg InSaN berNama GaDis..

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah.
6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama
kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan
tulus.
10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA
diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak
tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan
satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan
menghanyutkannya.

Friday, December 10, 2010

masuk Angin....

dah beberapa hari jari & tangan kanan mengalami masuk angin...
dah naik bengkak....
maybe sbb aku pegi picit jugak....tp nak bt mcm mane dah mmg sakit...adeh.


  1. Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.
  2. Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.
  3. Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.
Nak cube petua ni la...Harap2 cepatla sehat..